Masih kekal sebagai sahabat, Fify Azmi dedah kini masih berhubung dengan Nafiez Zaidi walaupun dah berpisah

PELAKON Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan bekas kekasih iaitu aktor Nafiez Zaidi masih baik biarpun sudah berpisah. Fify atau Nur Afiqah Muhammad Azmi, 23, berkata, mereka masih berhubung sebagai kawan selain ada berbincang soal kerjaya seni. “Saya dan Nafiez sehingga kini masih berhubung… bertanya khabar tentang kerjaya masing-masing. Alhamdulillah, Nafiez seorang yang baik. Hubungan kami masih kekal sebagai seorang sahabat,” katanya.

Pelakon filem Wira itu juga menafikan sedang menjalin cinta dengan pelakon Syazwan Zulkifly seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Jelas Fify, mereka hanya berkawan rapat memandangkan sering digandingkan dalam projek lakonan yang sama. “Saya dan Syazwan hanya berkawan rapat kerana kami sering kali dipertemukan dalam projek drama yang sama. “Saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perhubungan kami… biar sahaja warganet membuat andaian mereka sendiri. “Buat masa ini saya masih belum terfikir untuk mencari teman lelaki. Saya ingin beri fokus kepada kerjaya terlebih dahulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fify turut menafikan dakwaan dirinya merupakan seorang play girl kerana dilihat seperti mudah untuk mencari pengganti. Menurut Fify, dia mengakui sebelum menjalinkan sebarang hubungan, seorang wanita perlu mengenali lelaki itu terlebih dahulu. Namun, dia tidak boleh memaksa sekiranya lelaki yang dikenali tidak mempunyai keserasian yang sama. Pelakon itu juga menasihatkan agar wanita di luar sana tidak mudah percaya dan tertipu dengan kaum lelaki.

“Kalau kita tak berjumpa dengan orang… macam mana kita mahu mengenali perwatakannya. “Bukan nak cakap saya playgirl, tapi kalau memang lelaki itu tidak ‘ngam’ dengan saya, takkanlah saya nak paksa diri. Sayangi diri anda terlebih dahulu… kepada wanita di luar sana tolong belajar daripada kesilapan lepas. Jadi seorang wanita yang kuat… jangan mudah tertipu,” katanya. Untuk rekod, hubungan cinta Fify dan Nafiez mula diketahui umum sekitar Disember 2021 dan keluarga aktor itu difahamkan menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.

Bagaimanapun, selepas dua tahun bersama pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah sejak Hari Raya Aidilfitri lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.