SUDAH melibatkan diri dalam dunia seni sejak kecil, pelakon Fimie Don tetap berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya agar namanya tidak terpalit dengan kontroversi yang mampu menjejaskan karier seninya. Fimie atau Shafimie Saedon, 25, bagaimanapun berkata, dia tidak menilai seseorang yang mencipta nama dalam industri dengan kontroversi kerana ia tetap satu bentuk publisiti meskipun ia tentang perkara buruk. “Saya tak kata saya tiada kontroversi tapi saya jenis tak layan kerana bukan perkara itu yang saya kejar.
“Tapi kalau rezeki seseorang itu bermula dengan kontroversi, bukan bererti pengakhiran mereka buruk dan saya sendiri pun mungkin bermula dengan baik tetapi penutupnya belum tahu lagi mcam mana,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.