Makin hangat isu ni, kali ni ibu Mondy dedah Ustaz Derry sengaja menakutkan dia dengan bapa tiri

Masih rancak isu pertelingkahan dan tuduhan daripada pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Pempengaruh dari Indonesia itu mendapat back up daripada penyanyi rap serta aktivis, Caprice yang seakan menjadi orang tengah dalam isu yang kian panas ini. Terbaru, Caprice menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan satu lagi bahagian cerita tersebut apabila dia menghubungi ibu pempengaruh Indonesia itu bagi mendapatkan kenyataan dari pihaknya. Klik sini untuk lihat video.

Dalam panggilan WhatsApp itu, ibu Mondy mendedahkan Ustaz Derry Sulaiman sengaja menakut-nakutkan dia dan bapa tirinya dengan memberitahu Mondy kini menjadi buruan di Malaysia. “Ustaz Derry-nya bilang Mondy kini jadi buruan, bagaimana perasaan seorang ibu kan? Pastinya sangat terkejut dan takut,” kata ibunya itu. Menjadikan isu ini lebih berat, Caprice berkata kepada ibu Mondy bahawa nombor yang digunakan Mondy berbeza dengan apa yang ditangkap layar dalam sesi live Ustaz Derry Sulaiman.

Ibunya itu turut mengakui perkara itu dan menganggap ianya salah satu taktik untuk menjadikan Mondy sasaran keadaan. Dalam sesi panggilan itu, ibu Mondy turut meminta maaf kepada Caprice dan memberitahu dia hanya risaukan keadaan anaknya yang berada di luar negara itu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.