Banyak tular pasal kes kanak kanak, Neelofa akui ini antara sebab dia nak akses cctv di sekolah Bilal

Trauma melihat banyak kes pendrn kanak-kanak menjadi sebab usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa mahu mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah anaknya, Muhammad Bilal. Menurut Neelofa, dia sama seperti kebanyakan ibu di luar sana yang mahu memastikan keselamatan anak terjamin ketika berada di sekolah. “Saya tahu perkara itu menjadi perdebatan banyak pihak, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Apa yang saya buat itu hanya perkongsian daripada seorang ibu yang sama macam ibu-ibu lain di luar sana. Saya mahu anak selamat.

Bukan apa, mungkin sejak kebelakangan ini saya trauma melihat banyak video yang viral fasal kanak-kanak. Kalau lalu dekat timeline sosial media, saya tak boleh nak tengok, akan skip. Saya akan baca kapsyen sahaja, tak sanggup nak tengok. Nauzubillah, minta jauh dari kita semua. Saya rasa ini patut jadi selling point dari pihak sekolah di mana mereka boleh tawarkan sebagai satu pakej. Tapi saya tidak mahu orang kata sebab banyak duit kemudian nak akses CCTV. Saya bukan kata CCTV wajib, tapi perlu ada, namun dengan terma dan syarat. Pandangan saya secara peribadi, jika ada akses CCTV dari rumah, ibu bapa tidak boleh sesuka hati untuk tunding jari.”

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Naelofar x Disney yang berlangsung di IOI Mall, Putrajaya pada Khamis. Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail (PU Riz) itu berkata, tujuan dia menghantar Bilal ke sekolah kerana mahu anaknya itu bersosial dengan kanak-kanak lain. “Saya ada juga panggil cikgu datang rumah mengajar, kalau dulu tiga kali seminggu datang rumah. Sekarang cikgu datang sekali sahaja ke rumah, hari-hari lain, Bilal akan ke sekolah. Saya tetap hantar anak ke sekolah, dia perlu bersosial.

Terdahulu, Neelofa seakan meluahkan rasa kecewa berikutan pihak pengurusan sekolah anaknya tidak membenarkan ibu bapa mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah. Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2 serta Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.