Ini pula respon Yusof Haslam bila tahu pasal isu Puteri Sarah saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Yusof Haslam Harap Isu Puteri Sarah Saman Kakak Ipar Ira Kazar Tak Berpanjangan

Ini pula respon Yusof Haslam bila tahu pasal isu Puteri Sarah saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berharap tindakan saman yang dibut oleh Puteri Sarah terhadap kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Davinda tidak berpanjangan. Memetik Harian Metro, Yusof juga berharap isu yang berlaku tidak menggangu ketenteraman Sarah dan kedua-dua cucunya. “Saya dan Datin Patimah enggan komen. Itu hak dia, tapi kami doakan yang terbaik supaya isu ini tidak berpanjangan. “Semoga ada jalan noktah supaya tiada mana-mana pihak mengganggu ketenteraman Sarah dan cucu-cucu kami,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof turut meminta orang di luar sana memberi ruang kepada Puteri Sarah untuk meneruskan kehidupan dengan tenang. “Biar Sarah meneruskan kehidupannya dengan tenang,” katanya. Berapa hari lalu, menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda.

Sumber: Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.