Datuk Aishah akui akan gunakan pentas All Star Gegar Vaganza dengan lebih baik, sekarang nak pakai tudung pun dah ada yang tolong lilitkan

PENYANYI Datuk Aishah akan menggunakan pentas All Star Gegar Vaganza untuk memberi persembahan lebih baik berbanding ketika menyertai pertandingan musim keempat sebelum ini. Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, perubahan penampilan yang lebih langsing sejak menjuarai GV4 pada 2017 memberi lebih keyakinan untuk tampil bergaya kerana sebelum ini berasa kurang selesa disebabkan bertubuh besar. “Dulu tiada pereka fesyen nak buat baju saya sebab katanya nanti terlebih kain. Sekarang ini saya nak tampil bergaya di pentas GV.

“Walaupun saya juara GV4 tapi itu bukan versi terbaik saya. Saya tahu kemampuan diri dan bila lebih sihat seperti sekarang saya boleh menyarung pelbagai pakaian yang lebih bergaya dan memberi persembahan lebih baik. Saya rasa sekarang berada dalam keadaan baik dari segi kesihatan dan stamina,” katanya. Aishah bersama sembilan bekas juara GV akan kembali berentap pada 24 September ini bagi merebut gelaran All Stars Gegar Vaganza. Juara kali ini akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

Mengimbau kembali perjalanan 10 minggu bertanding dalam GV4, Aishah mendedahkan dia terpaksa menguruskan diri sendiri tanpa bantuan pasukan pengurusan seperti kebanyakan artis lain. Namun kata Aishah kekurangan tulang belakang dalam pertandingan itu tidak pernah membuat fokusnya lari dalam memberikan persembahan terbaik setiap minggu. “Dulu saya datang bertanding seorang diri. Semuanya saya buat sendiri setiap minggu. Sekarang dah ada team… nak lilit tudung pun dah ada orang akan buatkan. Jadi saya hanya perlu fokus pada persembahan sahaja. Tak perlu nak risaukan hal lain,” ujarnya.

Di sebalik kejayaan bergelar juara di GV4, penampilan Aishah sebelum ini pernah menjadi bualan ramai termasuk cara dia berpakaian ketika di atas pentas. Bagaimanapun Aishah berjaya menurunkan berat badan kepada 52 kilogram selepas melakukan operasi bariatrik pada tahun 2018. Sementara itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini tidak melihat kontroversi hadiah penajaan pada GV4 lalu sebagai alasan untuk dia tidak menyertai program kali ini. “Kontroversi saya sebelum ini dengan penaja, bukannya dengan produksi,” jelasnya ringkas.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.