Dulu beli dengan harga seribu lebih, wanita terkejut bila jual balik rantai emas untung 4 kali ganda

Barang-barang bernilai dan berharga seperti gajet dan barangan vintaj memang wajar korang pentingkan lebih daripada barangan yang lain. Selain itu, pelaburan dalam pelbagai syarikat juga akan memberi banyak faedah pada korang semua, lagi-lagi dalam pelaburan emas. Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial mengenai seorang wanita yang ingin menjual rantai emas kepunyaannya di sebuah kedai emas yang terletak di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.

Dalam video tersebut, wanita itu nampak sangat terkejut apabila pengusaha kedai emas tu memberitahu harga sebenar rantai emasnya. Bila dah ditimbang, harga rantai emas yang dibeli pada 2001 itu telah meningkat hampir empat kali ganda daripada harga asalnya! Wanita itu sangat teruja apabila diberitahu oleh pengusaha kedai emas itu. Kata wanita tersebut, masa rantai emas tu dibeli harganya cumalah RM1,800 sahaja. Kini, harga emas tu dah mencanak naik sehingga RM7,000 lebih tau mengikut nilai emas semasa! Untung RM5,000 lebih macam tu je, korang! Memang tak rugilah siapa yang simpan emas banyak-banyak ni. Klik sini untuk lihat video.

Tambah wanita dalam video tersebut, duit yang digunakan untuk membeli rantai tu adalah duit hantaran perkahwinannya suatu masa dahulu. Bukan tu je, menerusi perbualan pengusaha Kedai Emas Okid Jaya dengan wanita itu, mereka berdua bersependapat bahawa emas ni amat menguntungkan terutama bagi golongan wanita. Min pun setuju, korang! Harga emas ni semakin lama semakin naik. Tak rugilah kalau korang beli dan simpan emas ni untuk masa depan korang tau!

Malah, dalam ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet ramai yang menyokong serta berpendapat yang emas ni merupakan pelaburan yang menguntungkan. Ada juga yang berkongsi pengalaman menjual emas yang harganya berlipat ganda daripada harga asal. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.