Tular video anggota polis mengasari tunang, teruk kena kritik akhirnya tuan badan tampil beri penjelasan

Baru-baru ini, tular sebuah video suara seorang wanita menangis kesakitan mendakwa akibat dikasari seorang lelaki dipercayai tunangnya di dalam kereta. Video yang dirakam secara tersembunyi itu hanya mendengarkan perbualan mereka serta tangisan sasran menjadi semakin kuat selepas dipkl oleh tunangnya didakwa seorang anggota polis. Sedar tentang perkara itu sudah tular di media sosial, lelaki tersebut tampil memberi penerangan bagi menjernihkan keadaan menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Lelaki itu berkata, rakaman tersebut merupakan video lama iaitu sebelum mendirikan rumah tangga bersama wanita berkenaan. Mengaku dan sedar akan kesalahan yang telah dilakukan, dia turut memberitahu kaum lelaki tidak sepatutnya berperangai dayus mengasari wanita. “Saya tak berapa ingat punca kenapa. Mungkin sebab dia tuduh saya tak setia. Waktu tu saya memang banyak perempuan, saya memang kaki perempuan. Saya jumpa seseorang, saya dating secara senyap-senyap. Mungkin ketika kejadian itu, dia membebel, dan saya pula jenis tak tahan. Jadi baran, geram, mengamuk dan saya telah mengasari dia,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki terbabit memberitahu perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan seorang anak perempuan namun wanita itu telah menuntut fasakh dan sedang dalam proses perpisahan. Walau bagaimanapun, dia mengakui dirinya kini telah menerima kirafah selepas bergelar Orang Kurang Upaya akibat lumpuh separuh badan. “Sekarang saya dah terima pun kifarahnya. Saya pun sekarang dah digelar OKU. Saya dah lumpur separuh badan dan saya dah cacat. Saya ingin berubah. Bagi lah saya peluang untuk berubah,” ujarnya.

Isu tersebut bukan sahaja mendapat perhatian warganet, malah penyanyi rap dan usahawan Caprice turut terpanggil untuk mengulas perkara ini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.