Pempengaruh terkenal Indonesia, Lucinta Luna berkongsi rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan tunangnya, Arten Boltian yang perlu pulang ke Ukraine bagi menyertai latihan tentera. Menerusi hantaran di Instagram, Lucinta mendoakan agar urusan Arten sepanjang menjalani latihan ketenteraan dipermudah. “Semoga kami sentiasa sihat di Ukraine ya sayang. Semoga kamu lulus latihan ketenteraan dengan cepat. Sampaikan salam aku untuk keluarga mentua di sana.” Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, Lucinta yang mendakwa dirinya hamil sebelum ini juga memaklumkan bahawa dia akan setia menanti kepulangan Arten ke Indonesia untuk membesarkan anak mereka bersama-sama. “Dan aku akan sentiasa setia menanti kepulanganmu ke Indonesia, kita besarkan anak kita sama-sama ya sayang.” Menerusi video yang dimuat naik itu juga, dapat dilihat Lucinta mengalirkan air mata seakan tidak rela untuk berpisah dengan tunangnya itu. Sekadar info, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah mengumumkan pertunangannya bersama Arten pada 28 Julai yang lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.