Akhirnya terjawab teka teki warganet, Noor Nabila dedah bakal berpisah tak lama lagi

SPEKULASI keretakan rumah tangga pasangan Engku Emran dan Noor Nabila akhirnya terjawab apabila kakak kepada pengacara Neelofa itu mengesahkan mereka bakal berpisah tidak lama lagi. Noor Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 39, berkata, dia dan Emran sepakat untuk berpisah selepas ahli perniagaan itu keluar daripada kediaman mereka sejak awal Januari lalu. Kata Nabila, keputusan itu diterima dengan hati terbuka dan dia menyifatkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta hampir dua tahun lalu semuanya telah ditentukan Allah SWT.

Bercakap kepada media, Nabila bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahanya itu dan menyerahkan kepada takdir selain mahu fokus meneruskan kehidupan bersama anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia 5 tahun hasil perkongsian hidup dengan Sharnaaz Ahmad. Sejak tahun lalu, status rumah tangga Nabila sering menjadi bualan pengikutnya apabila dia dilihat memadam semua foto bersama Emran, 48, termasuk gambar perkahwinan mereka di Instagram. Malah foto Nabila bersama Jayden ketika sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lalu turut menerima pelbagai komen yang bertanya mengenai keberadaan usahawan berkenaan.

Pada Ogos tahun sama, desas-desus keretakan rumah tangga mereka seaka-akan terjawab apabila Nabila memuat naik video Jayden sedang solat bersama Emran. Bagaimanapun Nabila dilihat kali terakhir memuat naik berkenaan suaminya apabila memaklumkan ibu mentuanya iaitu Salmah Abu Bakar pergi menghadap illahi pada 2 Julai lalu. Nabila turut berkongsi video memperlihatkan Emran mengiringi jenazah Allahyarham dalam van jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan. Status perkahwinan pasangan itu sekali lagi menjadi perhatian apabila pada 30 Ogos lalu, kelibat Emran tidak kelihatan sepanjang majlis sambutan ulang tahun kelahiran Jayden.

Pada petang Kahmis, ibu Nabila iaitu Datin Noor Kartini ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan masuk campur mengenai kisah rumah tangga anaknya itu. Sebaliknya, Kartini meminta perkara itu ditanya sendiri kepada Nabila sekiranya mempunyai sebarang persoalan berkaitan hal tersebut. Neelofa pula mengambil pendekatan selamat untuk tidak melayan kisah rumah tangganya dengan Engku Emran itu. Untuk rekod, Nabila dan Emran bernikah pada 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Nabila selepas berpisah dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan dengan Sharnaaz, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden, 5. Sementara itu, Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun berpisah selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 14. Emran kemudiannya berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan bercerai pada 2020. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.