Kandungan dah 36 minggu tapi nampak perut dah mula jatuh, Syifa Melvin jangka akan bersalin awal

Selebriti dan usahawan, Syifa Melvin berkongsi bahawa dia berkemungkinan akan bersalin anak sulungnya lebih awal daripada tarikh jangkaan. Memetik laporan Gempak, Syifa memaklumkan bahawa perutnya sudah kelihatan jatuh ke bawah setelah aktif melakukan pelbagai aktiviti di rumah. “Syifa sekarang ini 36 minggu, perut dah jatuh… Syifa rasa, instinct Syifa akan bersalin awal. Awal tapi dalam masa orang kata duration yang sepatutnya dia keluar la, dia dah matang.

“Sebab Syifa sangat aktif, Syifa rasa macam tak pregnant. Syifa buat kerja, perut Syifa jatuh sehari selepas Syifa kemas bilik atas. Bilik itu untuk CL (Confinement Lady) duduk nanti. Syifa lipat baju, pergi bilik anak lipat baju pula, lepas itu masak dan cuci toilet pula. Esoknya itu Syifa nampak perut dah jatuh,” ujarnya. Terdahulu, Syifa berkongsi dia dan suami akan menimang anak lelaki sulung dalam sebuah majlis ‘gender reveal’ pada Julai lalu. Untuk rekod, Syifa berkahwin dengan pemain bola sepak tanah air, Safawi Rasid pada 28 November 2022.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.