Tak nak panjangkan lagi isu tersebut, Noor kartini luah rasa syukur sebab anak tak pernah jejak tempat yang tak elok

Ibu kepada pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir warganet yang bertindak menuduh melulu mengenai dakwaan anaknya berjd di tempat lumba kuda di luar negara. Ketika ditemui, Kartini turut berkata tindakan dia memadam hantaran yang dimuat naik sebelum ini kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut. “Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudn berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab warganet ini tak faham apa cerita yang sebenarnya.

Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu warganet yang mereka salah.” Kartini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Naelofar x Disney yang berlangsung di IOI, Putrajaya pada Khamis. Dalam masa sama, Kartini berkata dia bersyukur apabila anak-anaknya tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat yang tidak sepatutnya. “Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat tak elok, minum ark, hisap rokok, hisap shisha, itu saya bangga. Perjdn itu tiada dalam keturunan saya. Tidak pernah buat perkara-perkara sebegitu. Anak-anak saya tidak pernah jejak kaki ke tempat perjudian. Alhamdulillah.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila timbul dakwaan mengatakan Ameera Khan pergi ke tempat perjdn sebuah jenama terkenal di luar negara. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.