Syukur dikurniakan 4 orang cahaya mata, Adira Suhaimi akui tak menyesal ikat peranakan

Melakukan proses Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau mengikat peranakan pada tahun lalu, penyanyi Adira Suhaimi berkata dia tidak menyesal membuat keputusan tersebut. Adira meluahkan rasa syukur dikurniakan dua anak lelaki dan dua perempuan serta mahu memberi fokus kepada empat anaknya yang sedang membesar. “Saya memang rancang untuk mengandung sebelum umur 30 tahun. Syukur, Alhamdulillah saya sudah dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua perempuan. Cukup setakat ini dan saya ikat.

“Saya tak mahu bila anak-anak dah besar nak ada adik baru lagi, biarlah mereka membesar bersama. Macam saya sendiri ada lapan adik-beradik dan umur masing-masing tak jauh beza,” katanya. Dalam pada itu, Adira berkata keputusannya untuk ‘menutup kilang’ adalah atas nasihat doktor serta persetujuan suaminya, Datuk Red serta agak berisiko untuk dia hamil lagi.“Kali terakhir saya hamil adalah pada usia 30 tahun. Tenaga ketika itu memang tak sama ketika berusia 20-an. Memang rasa berbeza dan penat.

“Apa pun, ia mungkin berlaku kepada saya dan tidak kepada orang lain. Saya pula melahirkan secara operasi sebelum ini jadi agak berisiko kalau hamil lagi,” katanya. Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla pada 3 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayoun, 1 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.