Pernah ada niat nak minta bantuan dekat gereja, wanita luah rasa terkilan sebab mohon bantuan dekat pihak berwajib tapi tiada jawapan

Bagi ‘menyelamatkan’ diri daripada knsr limfoma tahap 2 jadi semakin melarat, Norfarahain Abd Manap, 34 memerlukan perbelanjaan sebanyak RM420,000 untuk mendapatkan 24 suntikan yang disarankan doktor. Bagaimanapun, agak mendukacitakan, sehingga kini dia gagal mengumpul dana tersebut, katanya kepada Berita Harian, dia hampir putus asa sampaikan pernah terfikir untuk mendapatkan bantuan daripada gereja. Suri rumah ini mengatakan, dia tidak menafikan ada menerima beberapa sumbangan secara one-off, namun jumlah itu hanya mampu menampung kos ulang-alik ke hospital.

Jelasnya lagi, permohonannya untuk mendapat bantuan daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF) mahupun Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) masih tiada jawapan. Ujar Norfarahain lain, dia jadi makin tertekan memikirkan nasib jangka hayatnya itu yang semakin pendek berikutan masih gagal mendapatkan rawatan sesuai. “Ubat yang disyorkan doktor menyamai dengan harga sebuah rumah iaitu RM420,000. Memang kami tidak mampu. Dengan pendapatan suami yang bekerja sebagai anggota tentera, Muhammad Adam Abdullah, 29, kami perlu menyara dua anak hasil perkahwinan pertama saya.”

Sementara itu, suami kepada Norfarahain, Muhammad Adam berkata suntikan pembrolizumab diperlukan untuk meningkatkan peluang hidup. Menurutnya lagi, ubat itu telah telah disyorkan oleh doktor untuk meningkatkan sistem imunisasi badan untuk mengesan, melwn sel tumor secara sasaran dan meningkatkan peluang untuk penghidap knsr paru-paru hidup. “Isteri memerlukan 24 suntikan berharga RM420,000, harganya sangat tinggi. Sudah hampir sebulan kami memohon bantuan kewangan bagi perubatan isteri, kami merayu agar agensi berkaitan membantu sebelum berlaku sebarang kemungkinan.”

Sebelum ini, sumber ada dedah kisah Norfarahain yang menghidap penyakit ini pada peringkat awal Ogos tahun lalu, dia menjalani rawatan kimoterapi yang berakhir pada Februari lalu. Namun begitu, sel knsrnya kembali aktif Jun lalu dan sudah merebak serta mencecah tahap 2 dan telah merebak ke paru-paru. Hasil pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan), wanita itu didapati memiliki ketumbuhan sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan. Ia menyebabkannya kerap batuk, sesak nafas serta badannya lemah.

Sumber: Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.