Nampak bahagia je peluk kedua dua isteri, sekali ramai pula yang jadikan Abg Tesla sebagai idola

Perkongsian influencer, Abang Tesla yang memaklumkan akan berangkat mengerjakan umrah bersama kedua-dua isterinya telah mendapat perhatian warganet semula. Mana tidaknya, dalam posting tersebut, buat pertama kalinya dia berkongsi wajah isteri kedua, Syafiqah Hanafi yang turut ada bersama Abang Tesla dan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari. Terbaru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri telah memuat naik video berjalan berpelukan dengan kedua-dua isteri sambil masing-masing tersenyum lebar di media sosial. Klik sini untuk lihat video.

Apa yang menarik perhatian adalah komen-komen daripada warganet terutamanya golongan lelaki apabila sudah berani ‘bersuara’ dengan mengatakan bahawa influencer berkenaan ‘idola’ mereka buat masa sekarang kerana dapat ‘mendamaikan’ kedua-dua isteri. Hal ini sudah tentu bertolak belakang dengan video di awal munculnya isu Abang Tesla ini kerana ramai yang mengkritik hebat tindakannya memuat naik video tiga jam sebelum mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan wanita lain.

Tedahulu, isu influencer berusia 28 tahun itu yang memadukan isteri pertamanya telah mendapat kritikan ramai lebih-lebih lagi selepas ada dakwaan mengatakan dia berpoligami disebabkan zuriat. Walaupun ramai kaum isteri ‘meradang’ apabila melihat Abang Tesla memuat naik momen isteri pertamanya menangis teresak-esak selepas diberitahu bakal dimadukan, wanita berkenaan dilihat tetap setia dengan suami dan seakan reda dengan takdir perkahwinannya. Semoga yang terbaik buat mereka semua dan mendapat kebahagian yang dicari.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.