Isteri buat kejutan lukisan dua garis, ramai yang sangka isteri kedua Abg Tesla hamil

Isteri kedua kepada pempengaruh media sosial, Abang Tesla iaitu Nursyafiqa Mohd Hanafi berkongsi kepada suaminya dia kini sedang ‘hamil’. Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok Abang Tesla, wanita tersebut dilihat memberikan suaminya sehelai kertas putih. Sebelum membuka lipatan kertas tersebut, Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri berseloroh mengatakan isteri keduanya meminta geran tanah. “Apa ni? Geran tanah? Baru kahwin dah minta geran tanah?” katanya.

Selepas membuka lipatan kertas tersebut, ia menunjukkan lukisan kit ujian yang mempunyai dua garisan sekali gus menyangka itu merupakan hasil pemeriksaan COVID-19. “Double line? Awak kena covid ke?” tanya Abang Tesla kepada isterinya. Wanita berusia 22 tahun itu menidakkan pernyataan berkenaan kemudian meminta suaminya melihat kembali lukisan tersebut. “Tak la sayang.. Saya pregnant (hamil),” jawabnya. Susulan berita gembira itu, Abang Tesla dilihat memeluk isterinya sebelum membawa wanita terbabit membeli beg tangan berjenama mewah. Klik sini untuk lihat video.

“Disebabkan hari ni hari paling gembira saya, saya nak belanja awak beg tangan. Nak tak saya belikan LV ke Gucci ke. Hari ini paling gembira, awak nak apa, harga apa pun tak kisah, saya belikan,” katanya. Selepas selesai membeli beg tangan, dia sekali lagi bertanya kepada isteri jika keputusan ujian itu betul. “Tapi betul ke benda ni? Sebab selalu saya tengok dalam filem dorang bagi test kit tu, kenapa yang ni dalam kertas?” tanyanya.

Jawapan isterinya membuatkan kegembiraan hilang sekelip mata apabila Nursyafiqa mendedahkan kehamilan itu merupakan ‘prank’  atau gurauan sahaja. “Saya prank awak je,” katanya. Sebagai info, pasangan berkenaan bernikah pada 18 Ogos lalu dan mendedahkan perkahwinan tersebut kepada pengikut media sosial dua hari selepas itu. Pempengaruh berusia 28 tahun itu berkata perkahwinannya bersama Nursyafiqa telah mendapat restu keluarga selain juga isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.