Walaupun usia dah mencecah 52 tahun tapi nampak muda, ini pula respon Zarina Zainuddin bila ada yang tanya pasal buat hidung

Pelakon Zarina Zainuddin sebelum ini mendapat perhatian wargamaya apabila ramai yang memuji aktres ini kelihatan cantik dan tampak muda meskipun usianya sudah mencecah 52 tahun. Ketika ditemui, Zarina berkata, penurunan berat badan mungkin menjadi salah satu faktor membuatkan dirinya nampak muda daripada usianya yang sebenar. Tambah aktres ini lagi, selepas melakukan operasi bariatrik sekitar Ogos lalu, berat badannya kini sudah turun sebanyak 12 kilogram. “Kurus sikit, badan kecil. Bukan cantik mana pun, dah tua. Sebenarnya saya bersyukur sangat buat operasi bariatrik, sebab dulu kaki dan tumit saya sakit sangat.

Sekarang dah boleh pakai kasut tumit tinggi. Tanyalah orang yang memiliki tubuh badan yang agak berat, mereka akan cakap benda yang sama. Saya buat pun sebab kesihatan.” Apabila ditanya mengenai responnya terhadap dakwaan dirinya melakukan operasi hidung untuk tujuan kecantikan, Zarina berkata dia tahu apa yang dilakukan dan tidak kisah dengan komen dan penerimaan orang ramai. “Korang pergi lah buat hidung. Ramai je artis yang buat hidung, cuma mereka tak beritahu je. Semua buat hidung, cuma tak mengaku je. Saya pula yang kena sorang-sorang. Bila aku, semua orang sibuk.”

Tambah Zarina lagi, dia pernah menjalani operasi membuang cecair pada bahagian hidungnya kerana mengalami masalah sinus. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.