Nelydia Senrose jadi perhatian ramai, terkejut kali ni dia tayang rambut perang pulak

Pelakon cantik, Hajah Nelydia Senrose dikatakan sudah menanggalkan tudung apabila terdapat video memperlihatkan dia tidak lagi memakai hijab sewaktu bergambar bersama rakan-rakan. Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada profil Intagram pelakon itu, dia dilihat menggunakan gambar tanpa berhijab berbeza dengan penampilannya selepas pulang dari mengerjakan haji pada tahun lalu. Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram kenalannya pula, dia dilihat tampil tanpa mengenakan hijab ataupun tudung sekali gus menampakkan rambutnya yang berwarna perang.

Sebelum ini, menerusi Instagram saudaranya, Aprena Manrose, Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen tampil hanya memakai topi sahaja sewaktu bercuti di Thailand bersama-sama sepupu serta rakan-rakan dan menjadi perdebatan ramai di media sosial. Dalam komen di posting tersebut, ramai yang bertanya tentang penampilan Nelydia memandangkan ia kelihatan berbeza dengan sebelum ini. Walau bagaimanapun, ada juga yang ‘memahami’ bahawa proses untuk istiqomah bertudung memang mempunyai pelbagai cabaran dan mendoakan supaya pelakon terbabit kuat menempuhi itu semua.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada tuan punya badan dan kita doakan yang terbaik buat Nelydia Senrose. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.