Ramai yang ingat rumahtangga bermasalah sebab jarang muat naik foto dengan suami, sekali ini pengakuan dari Adira Suhaimi

GARA-GARA┬ájarang memuat naik foto bersama suami di media sosial, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan suami Datuk Red sedang berdepan masalah. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, sebaliknya menjelaskan tuduhan itu tidak benar dan menyifatkan cakap-cakap mengenai rumah tangganya sebagai lumrah sebagai seorang selebriti. “Saya tiada komen tentang apa yang anda dengar itu selagi tiada kenyataan daripada mulut saya sendiri… Jangan buat spekulasi.

“Orang luar boleh cakap macam-macam… Nak kata rimas pun tak boleh sebab memang lumrah sebagai selebriti semua perkara orang nak ambil tahu,” katanya. Dalam pada itu, Adira berkata, ketika ini fokusnya hanya kepada tumbesaran empat anak-anaknya bersama suami dan enggan melayan perkara diperkatakan orang lain mengenainya. Adira juga memberitahu dia kini sedang sibuk dengan pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3) bersama adik perempuannya iaitu Emma Suhaimi.

FD3 sedang bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. Selain Adira, ia turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Shila Amzah dan Amir Syahir, Ryan Bakery dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom. Untuk rekod, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub, setahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.