Teruk kena kritik dengan warganet sebab berpakaian menjolok mata, sekali ini pula respon dari Elisya Sandha

Heboh baru-baru ini apabila pelakon baru, Elisya Sandha berkongsi beberapa posting di Instagram miliknya yang berpakaian agak menjolok mata. Dia yang mengenakan dress ketat serba merah jambu itu dikatakan seperti tidak menghormati dan alpa mengenai isu konflik Palestin dan Israel. Elisya yang juga adik kepada pelakon ternama, Fasha Sandha itu bagaimanapun memberikan respon berkenaan isu tersebut dengan mengatakan tindakannya itu adalah salah satu tuntutan kerjanya sebagai seorang selebriti. Menurut laporan HibGlam, dia memberitahu gambar serta video itu adalah untuk sebuah majalah fesyen dan ianya sudah lama berada dalam perancangan.

“Kenalah berani untuk tampil berbeza. Apatah lagi ini untuk karier saya juga kan. Saya pun mahu cuba sesuatu yang berbeza dan cabar diri. Sekali sekala kena cuba berpenampilan begitu. Cuma ada limitasi menjolok mata. Kalau tidak berlengan itu tidak lah. Tetapi ramai sahaja yang menjolok mata kan. Lebih-lebih lagi, ini untuk tujuan promosi global. Jadi mestilah kena berbeza dan berani,” katanya. Selain itu, apabila ditanya mengenai ibu mentuanya yang merupakan pelakon serta pengacara terkenal, Shiela Rusly, dia memberitahu ibu mentuanya itu seorang yang memahami lebih-lebih lagi kerana dia juga merupakan pemain industri yang sama.

“Ibu mentua saya sangat baik dan sentiasa positif. Dari dulu dia tak pernah menghakimi saya, mentua saya faham dunia hiburan. Dia tahu saya bukan wanita yang selalu berpenampilan menjolok mata. Apa yang saya pakai baru-baru ini adalah atas tuntutan kerja untuk sebuah majalah,” katanya. Berbalik kepada imejnya dalam penggambaran itu, Elisya berkata dia sendiri bukanlah seorang yang betul-betul menjaga auratnya tetapi masih ada batas dalam berpakaian.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.