Setelah sekian lama menyepi, bekas isteri Shuk Sahar beri bayangan bakal bernikah

Perkongsian di Instagram Story milik bekas isteri kepada pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menyorot perhatian apabila dia memuat naik konten mengenai pernikahan. Menerusi perkongsian tersebut, Rossa Sera dilihat sedang merakam dirinya sendiri sambil menaip sesuatu pada komputer riba ketika berada di sebuah kedai. Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen yang ditulis dalam video tersebut iaitu ‘ada ni tengah buat proposal kahwin’. Rossa Sera turut menggunakan lagu berjudul Kiw Kiw Cukurukuk sebagai muzik latar.

Malah, pemilik nama lengkap Rosselenah Natassyiah Asshaferah kelihatan ceria dalam video tersebut. Sekadar info, Rossa Sera dan Shuk pernah mendirikan rumah tangga pada 2015, namun disahkan berpisah dengan talak satu pada 22 Mac lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Asyifatu Aimi, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.