Kena kritik dengan juri sebab nyanyian tak sedap, ini pula respon dari Ryan Bakery

Program Famili Duo 3 bagi minggu kedua telah melabuhkan tirai pada malam tadi. Namun komen juri tetap Famili Duo 3 iaitu Ajai yang seakan tidak berpuas hati pada persembahan duo adik-beradik Ryan dan Adam Bakery telah mendapat perhatian ramai. Ketika ditemui, Adam dan Ryan berkata, mereka menerima komen tersebut dengan hati yang terbuka. Malah menjadikan nasihat yang diberikan Ajai sebagai satu cara untuk menambah baik persembahan mereka pada minggu akan datang.

“Pada kami, tak rasa apa-apa. Tapi kami ambil komen tu sebagai penambahbaikan sebab kami pun bukan penyanyi. Bila masuk Famili Duo ni, sedikit sebanyak benda baharu yang kami belajar. Apa yang dia cakap tu, kami hormati dan terima.” Apabila ditanya mengenai penerimaan mereka berhubung komen ‘panas’ tersebut memandangkan ini baru minggu kedua, Ryan dan Adam akui mereka sebenarnya berasa gementar. “Kami gugup. Tapi mungkin pemilihan lagu kami salah. Tekanan tu tak ada lah, sama je. Pada minggu pertama pun pressure dah, gugup sebab yang bertanding dan bersaing dalam ni memang penyanyi. Kami pula bukan penyanyi. Tapi lepas terima komen juri-juri, insyaAllah minggu hadapan kami akan lebih berkonsep.

“Saya tak menyesal, sebab ini pertandingan. Kalau kalah, tersingkir. Kalau menang, rezeki. Tapi kami berani masuk program ni, segala cabaran dan rintangan kami hadapi. Apa yang berlaku hari ini, jadi pengajaran buat kami.” Program Famili Duo 3 bagi minggu kedua menyaksikan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran sebagai duo terbaik mingguan dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

FD3 menampilkan enam pasangan duo lain iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Shila dan Syahir, Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, serta Fuad Rahman dan Tom, Sharif dan Saiful. Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.