Kemelut keluarga masih lagi jadi bualan, adik Shila Amzah dedah kerja di China tergendala sebab cerita tak betul yang tular

Kemelut Shila Amzah dan adik beradik serta ibunya masih menjadi bualan ramai, jika sebelum ini ada pihak yang mengatakan adik lelaki Shila Amzah iaitu Amir Shafiq merupakan seorang ‘biawak hidup’ tetapi hari ini lain pula ceritanya. Di kala kemelut di antara mereka semakin tenang, menerusi laman TikTok miliknya Amir berkongsi dia kini sudah terbang ke China atas urusan kerja, sekali gus menolak spekulasi yang berkata dia tidak berkerja. Klik sini untuk lihat video.

“Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni fly ke china. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Di sebabkan fitnah dr pihak2 yg tidak bertanggungjawab, menyebabkan tergendala kerja. Alhamdulilah. Hari ni Allah bg jalan utk terus bekerja. Segala dugaan yg berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih pada semua yg telah ftnah kami(Saya,Mak,Syada and Eiza),” tulisnya di kapsyen. Selain itu, Shafiq turut menyatakan dia memaafkan mereka yang memfitnahnya serta berharap Allah membuka hati orang-orang tersebut untuk menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar memohon maaf kepada kedua-dua orang tua sebelum terlambat. Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.