Nampak macam belum move on sebab muat naik gambar lama dengan Hafidz Roshdi, sekali ini penjelasan dari tuan badan

Bekas isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada kembali menjadi perhatian apabila muat naiknya di Instagram (IG) baru-baru ini, dikritik warganet. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shuhada memuat naik sebuah perkongsian video yang bertujuan untuk mempromosi sebuah produk kurus. Namun, apa yang membuat warganet kurang senang adalah video tersebut turut memaparkan foto lama dipercayai Hafidz mendukung Shuhada, namun wajah jejaka tersebut ditutup dengan emoji.

Ternyata, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dimana rata-rata netizen mempersoalkan mengapakah ibu kepada dua cahaya mata ini perlu memuat naik foto lelaki tersebut. Lebih panas ada juga yang mendakwa Shuhada masih belum ‘move on’. Namun, ada juga yang tampil mempertahankan dengan mengatakan gambar tersebut sekadar untuk menunjukkan fizikal Shuhada yang dahulu.

Tidak berdiam diri, Shuhada tampil memperjelaskan mengapa dia memuat naik gambar tersebut. “Fokus pada lemak saya please,” komen Shuhada kepada warganet. “Kalau tak nanti tak nampak lemak belakang badan tu, tiber nak ambil gambar belakang kan, so fokus dekat lemak, Insya-Allah,” balas Shuhada. Terdahulu, nama Shuhada juga hangat diperkatakan apabila dikatakan memasak juadah kegemaran bekas suaminya serta dianggap masih tidak ‘move on’. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak Februari.

Mahkamah juga memutuskan hanya satu lafaz talak yang sah iaitu pada 22 Februari tahun ini. Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.