Jihan Muse tampil buat permohonan maaf secara terbuka sebab gurauan persendakan nama bapa Azmi Saat

Pengacara Jihan Muse tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Azmi Saat susulan guraun mempersendakan nama bapa penyanyi itu dan fizikalnya sewaktu siaran langsung konsert minggu keempat program All Stars Gegar Vaganza, Ahad lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, Jihan berkata dia tidak berniat untuk bergurau kasar mahupun menghina fizikal Azmi. Bagaimanapun, dia mengakui ia adalah kesilapan diri yang tidak sensitif.

“Mengenai isu segmen bersama Azmi Saat tempoh hari, saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan dia pada hari Isnin. Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan. Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan guraun yang tidak bersesuian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun.” Dalam perkongsian yang sama, Jihan berkata dia akan menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran untuk dirinya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang. “Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran

Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri. Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi, baik dari saya atau sesiapa sahaja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan.” Terdahulu, Jihan dikatakan telah menyindir fizikal Azmi dan mempersendakan nama bapa vokalis Caliph Busker itu sewaktu program All Star Gegar Vaganza sedang bersiaran secara langsung. Bagaimanapun, Azmi ketika ditemu bual pengamal media semalam berkata dia tidak tersinggung mahupun terasa hati dengan guruan pengacara berusia 40 tahun itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.