Tak ada pengurus untuk uruskan karier seni, Fasha Sandha kongsikan cara untuk kekal disiplin

PELAKON Fasha Sandha mendedahkan dia tidak mempunyai pengurus bagi membantu menguruskan karier seninya sejak sekian lama. Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, dia hanya mempunyai pembantu yang bertugas menjawab mesej atau panggilan berhubung urusan pekerjaan selain menemaninya ke set penggambaran. “Saya tiada pengurus dan bergerak sendiri atas bantuan staf yang tolong jawab mesej dan teman saya ke set penggambaran.

“Aturan waktu cara saya tiada kompromi. Saya susun waktu kerja saya sebaik mungkin,” katanya. Fasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Fasha berkata, meskipun menguruskan jadualnya tanpa bantuan pengurus, dia tetap mengekalkan disiplin dan tidak pernah lewat ke lokasi penggambaran sepanjang bergelar anak seni. Tambah Fasha, dia juga memandu kenderaannya sendiri jika pembantunya lewat menjemputnya ke lokasi penggambaran walaupun tidak mendapat rehat mencukupi.

“Ini adalah resepi saya, rahsia saya untuk berada dalam industri ini… Syukur Alhamdulillah, kudrat saya masih diperlukan. Tawaran datang sendiri tanpa perlu dicari. Ini adalah berkat usaha diri sendiri,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.