Tular gosip Zizan Razak tak nak kerjasama dengan Mira Filzah, sekali ini respon dari tuan badan

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menafikan dakwaan sesetengah yang mengatakan dia menolak tawaran untuk bekerjasama dengan pelakon Mira Filzah. Menurutnya, dia sentiasa terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja termasuk Mira. “Tidak benar dakwaan itu. Saya langsung tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk bekerja dengan sesiapa pun selagi gandingan itu dirasakan yang terbaik. “Tapi jika saya tak selesa dengan seseorang itu, mungkin ada syarat yang saya letakkan.

Misalnya, sesetengah pelakon itu ada buat perangai di set penggambaran, sudah tentu saya tak berminat untuk bekerjasama dengannya,” ujarnya semasa ditemui di sidang media Super Wira di Pavillion Bukit Jalil, semalam. Pada masa sama, dia memberitahu tidak tahu dari mana datangnya khabar angin tentang dakwaan tersebut. “Mungkin kami sudah lama tidak bekerjasama membuatkan orang beranggapan sedemikian. “Rasanya kali terakhir kami bergandingan adalah menerusi drama bersiri Jula Juli Bintang Cinta sekitar tahun 2017,” katanya.

Selain itu, Zizan mengatakan hubungan dengan Mira masih baik sebagai seorang kawan. “Saya okay sahaja, tiada masalah untuk bekerjasama dengan Mira. Lagipun atas urusan kerja. Apa yang saya buat dalam industri ini semua untuk peminat saya. Kalau orang suka saya akan buat. Macam drama Super Wira ini, saya baru tahu Mira berlakon sekali dalam cerita ini selepas saya membaca skrip di set penggambaran. Tapi saya tidak berjumpa dengan dia sebab babak kami berlainan,” jelasnya.

Sebelum ini, Zizan dan Mira dikatakan pernah menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun. Namun, Mira kini sudah mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.