Ada individu yang menghendap, sekali Puteri Sarah pertikaikan tujuan individu tu periksa ig Andi Arsyil

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan ada individu mula menghendap pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil yang dikaitkan mempunyai hubungan dengannya di media sosial. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, meluahkan rasa hairan terhadap tindakan individu tersebut yang memeriksa Instagram Andi yang seolah-olah ingin mengetahui kegiatan hariannya. “Dengar-dengar ada orang itu dia stalk pelakon Indonesia itu, kenapa ya?

“Kenapa ya nak stalk Instagram… Dia tak ada kena mengena dengan awak, dia ada kena mengena dengan saya,” katanya semasa di siaran langsung TikTok miliknya. Kata Puteri Sarah, dia mengetahui perkara itu selepas Andi memaklumkan perkara itu selain turut berasa harian dengan tindakan individu tersebut. “Dia periksa Instagram orang itu… Selepas itu orang itu tanya saya… kok bisa check Instagram aku, kenapa sih?,” ujarnya. Walaubagaimanapun, Puteri Sarah tidak mendedahkan lanjut siapa individu yang dimaksudkannya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet menyebut individu tersebut adalah isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. Mereka juga berpendapat individu tersebut tidak tenang melihat Puteri Sarah semakin bahagia dengan hidupnya. “Ira Kazar nak jadi watak Ayu dalam Teduhan Kasih. hati dia sakit tengok Sarah bahagia. “Dia kenapa? Ada masalah hati ke? Dulu semua Puteri Sarah Simpan sekarang dia luah saja semua.

“Abang Indonesia lagi handsome, nak cuba juga lah itu,” antara komen warganet. Sebelum ini, Puteri Sarah menjelaskan hubungannya dengan Andi sekadar kawan dan rakan perniagaan selain pertemuan mereka hanya atas urusan perniagaan yang turut ditemani pengurus dan anak-anak. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila sah berpisah talak satu pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.