Lepas beberapa tahun pakai tudung, terkini Mawar Rashid muat naik foto tidak lagi bertudung buat ramai yang terkejut

Sudah mencuba namun gagal menjadi sebab pelakon cantik, Mawar Rashid tanggal tudung selepas beberapa tahun tampil dengan imej tersebut. Dia telah membuatkan para peminat terkejut selepas memuat naik gambar tidak lagi bertudung dengan menampilkan rambutnya yang sedikit perang di bahagian hadapan.

Menerusi Insta Story yang dibuat oleh Mawar, dia mengucapkan selamat tinggal sebentar dan akan kembali semula apabila sudah bersedia secara mental. “Goodbye world. Will be back when i’m mentally ready. Love you guys always,” tulisnya ringkas. Pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu juga dilihat menutup ruangan komen di Instagramnya menyebabkan warganet tidak dapat tinggalkan sebarang pesanan. Sebelum ini, fesyen hijabnya juga menjadi sorotan apabila mulai berani memperlihatkan bahagian leher serta sedikit rambut dan telinga. Hal tersebut pastinya berbeza dengan penampilannya diawal bertudung tempoh hari.

Untuk rekod, isteri kepada usahawan, Raf Yaakob ini telah tampil bertudung sekitar tahun 2020 apabila merasakan terbuka hati untuk menutup aurat kerana sudah lama menyimpan hasrat tersebut. Kita doakan yang terbaik buat Mawar. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.