Personaliti media sosial transgender Indonesia iaitu Lucinta Luna mendapat perhatian ramai apabila mengaku dirinya kini bergelar ‘janda’ selepas berpisah dengan tunangnya, Arten Boltian atau lebih dikenali sebagai Alan. Memetik laporan Suara.com, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah berkata, dia sudah pun ‘move on’ daripada Alan dan kini akan meneruskan kehidupan yang baharu. Melalui akun Instagram Alan yang kini sudah berubah menjadi milik Lucinta, dia memberitahu sudah bertaubat dan ingin berubah ke arah kebaikan selepas ini.
“Alhamdulillah sekarang Cici Luna sudah taubat dan akaun ini kembali sah menjadi milikku. Ini semua doa daripada semua keluargaku. Hidup janda. Cici Luna sudah menjanda lagi.” Bagaimanapun, wargamaya yakin kisah pertunangan Lucinta dan Alan hanya rekaan semata-mata untuk tujuan publisiti. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengenai keadaan terkini perut Lucinta yang kempis dan tidak seperti wanita hamil seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.