Walaupun dah berpisah dengan bekas isteri, Nd Lala akui kasih sayang terhadap anak anak tak pernah berubah

Penyanyi Datuk ND Lala, 62, memberitahu kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berubah walaupun sudah berpisah dengan bekas isteri, Fauziah Sarman, 55, pada 2 Ogos lalu. Menurut ND Lala, kasih sayangnya untuk kesemua anaknya masih sama kerana mereka darah dagingnya. “Bagi saya, hubungan bersama anak-anak sekarang tiada isu. Sebab mereka tetap kekal sebagai drh daging saya. Mereka itu adalah DNA saya untuk selamanya dan tidak akan pernah berubah. Saya tahu dengan segala apa ujian yang sudah berlaku ini membawa impak dalam keluarga. Anak-anak juga diuji, kita juga diuji. Apapun, kita kena sentiasa berlapang dada dan doakan yang baik-baik saja.

Mungkin pandangan kita pada hari ini juga berdasarkan sumber dan maklumat yang diperoleh membentuk pendirian diri apabila terlihat kebenaran itu dari sisi yang lain.” Tambah ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah Salleh, dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh tinggalkan kesan dan menjejaskan anak-anaknya. Sebelum ini, ND Lala terpalit dengan kontroversi apabila didakwa berkahwin kali kedua secara diam-diam dengan wanita dikenali Siti Munirah Abdul Ghani, yang juga rakan baik anak sulungnya, Shila Amzah.

Kisah perkahwinan itu mula terbongkar apabila bekas isteri pertamanya, Fauziah memuat naik foto wanita terbabit di Instagram pada awal April lalu. Bagaimanapun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala secara ‘voice note’ (rakaman suara) di WhatsApp terhadap Fauziah pada 2 Ogos lalu adalah sah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.