Muat naik gambar bapa ketika di hospital, Siti Hajar luah rasa rindu pada arwah bapa

Isteri kepada penyanyi rap terkenal, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar meluahkan rasa rindu kepada arwah bapanya yang pergi menghadap illahi pada Ahad lalu. Menerusi hantaran di TikTok, Siti Hajar memuat naik beberapa keping foto arwah bapanya ketika di hospital dengan meluahkan rasa sedih atas pemergian insan tersayang. “Perpisahan yang paling menyakitkan adalah berpisah kerana pemergian, sekuat apapun kamu merindukanya tidak akan pernah kembali. Hargailah ibu bapa, jaga dia sayang dia. Rindu yang tak akan pernah hilang. Allah saja yang tahu dan mengetahuinya.” Klik sini untuk lihat video.

Di samping itu, Hajaar juga mendedahkan bapanya telah mendidik keluarga dengan baik dan sempurna malah bersyukur urusan pengebumian bapanya juga di permudahkan. “Alhamdullilah Allah permudahkan segala urusan abah. Anak-anak dan menantu abah semua mandikan abah, mengkafankan abah dan menjadi imam solat untuk abah. Abah dan mama sangat cukup mendidik kami adik beradik dengan sangat sempurna.” Di akhir hantarannya itu, Hajaar memohon kepada warga warganet untuk mendoakan arwah bapanya agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke syurga.

“Cuma minta semua doakan abah saya Syeikh Nordin Bin Sheh Ahmad dikalangan orang-orang yang beriman dan syurga buatnya. Kita jumpa di syurga ya abah. Cinta seseorang anak kepada ayahnya tak akan pernah hilang. Abah sentiasa di dalam doa kami sekeluarga. Love you abah. Al-Fatihah.” Terdahulu, berita pemergian Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dimaklumkan oleh isterinya yang juga pelakon, Datin Seri Noniswara Baharuddin. Difahamkan, jnzh telah selamat dikebumikan awal pagi Isnin di kampung halamannya yang terletak di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.