Neelofa muat naik gambar tak pakai purdah tapi versi Ai, sekali ramai yang komen rindu nak tengok dia senyum

Perkongsian di Instagram milik selebriti Noor Neelofa menyorot perhatian ramai selepas dia memuat naik foto tanpa mengenakan purdah. Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, berkongsi sekeping foto dirinya dalam versi teknologi buatan atau AI (Artificial Intelegence). Meskipun foto yang dikongsikan itu sekadar versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja sekali gus melepaskan kerinduan untuk menatap senyuman bekas hos program hiburan Nona itu. “Saya dalam versi AI.” Difahamkan, foto tersebut dimuat naik dan dikongsikan kepada umum sebagai bentuk promosi bagi koleksi jenama tudung miliknya iaitu Naelofar.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata waragamaya melahirkan rasa rindu untuk menatap wajah ibu kepada dua cahaya mata itu. Dalam pada itu, adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media sosial, Ameera Khan turut tinggalkan komen dengan megatakan wajah asli kakaknya itu jauh lebih cantik berbanding versi AI. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.