Bidadari tanpa sayap tu benar wujud, Pu Riz tak henti puji kecantikan isteri dia

Beberapa hantaran foto yang dikongsikan oleh selebriti popular yang juga usahawan, Noor Neelofa sekali lagi mencuri hati dan ‘pukau’ suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz. Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor kelihatan cantik mengenakan persalinan kasual bersama tudung koleksi terbaharu keluaran Naelofar.“Bertenang bersama Melur sebelum ia menembusi pasaran dalam enam hari lagi. Siapa teruja? Naelofar,”tulisnya ringkas.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah komen yang ditinggalkan oleh PU Riz pada hantaran tersebut yang tidak henti memuji kecantikan isteri tercinta, Neelofa. “Setelah melihat post ini, benar dan yakin, bidadari tanpa sayap itu wujud…. di dunia ini..,”komen Haris Ismail.

Neelofa PU Riz

Kecantikan Neelofa bukan sahaja berjaya memukau dan ‘memanah hati’ suaminya sahaja, bahkan warganet yang turut memuji dirinya kekal cantik meskipun memakai niqab.

Dalam pada itu, peminat memuji Neelofa kerana kekal istiqamah untuk berniqab lebih-lebih lagi ibu kepada dua cahaya mata itu seorang yang dikenali ramai.Sebelum ini, Haris memuji isterinya kerana semakin ‘simple’ dalam berbelanja terutama persiapan menyambut perayaan Aidilfitri lalu. Dia juga berharap agar isterinya terus mengekalkan sikap bersederhana selain mengambil pendekatan untuk tidak bercakap atau bersuara mengenai sebarang permasalahan rumah tangga selebriti lain.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka kini memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal bakal berusia 2 tahun pada tahun hadapan dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.