Kucing perliharaan terlampau banyak, Syada Amzah mencari individu yang berminat nak bela kucing peliharaannya

Kemelut berkenaan isu rumah banglo antara penyanyi, Shila Amzah dan keluarganya sehingga kini masih menyorot perhatian ramai. Terbaharu, terdapat pula isu kucing yang terlalu banyak di rumah tersebut sehingga didakwa menjadi beban kewangan keluarga. Menerusi hantaran di Intsgram Story (IG), adik kepada Shila iaitu Syada memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari mana-mana individu yang berminat untuk membela kucing peliharaannya.

“Sesiapa mencari kucing untuk diadopsi dan peneman kucing awak. Yang tak kisah warna atau umur boleh mesej saya, yang serius sahaja tau. InsyaAllah hujung November atau awal Disember lepas siap renovasi.” Terdahulu, Shila mendakwa bahawa haiwan tersebut sudah pun bertambah sebanyak 50 ekor yang dipercayai di tempatkan di banglo keluarganya di Hulu Langat. Shila turut mendakwa sebelum ini terdapat 10 ekor kucing telah dibawa masuk ke kediaman itu oleh kekasih adiknya, Amir Syafiq.

Susulan itu, pelantun lagu Patah Seribu tersebut memaklumkan kepada ibunya untuk tidak membawa kesemua kucing tersebut ke kediaman baharu mereka nanti. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.