Menang Duo Terbaik, Sharif dan Syaiful Zero sumbangkan separuh wang kemenangan kepada Palestin

Minggu pertama Famili Duo 3 baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi yang menyaksikan pasangan adik beradik, Sharif dan Syaiful Zero dinobat sebagai pemenang Duo Terbaik. Pada malam persembahan Sharif dan Syaiful membawa tiga buah lagu iaitu Kopi Dangdut, Ikan Di Dalam Kolam dan Ser Ser Ser. Mereka kemudian mendapat komen positif daripada pihak juri walaupun bukan penyanyi profesional. Pasangan adik beradik itu membawa pulang wang kemenangan mingguan sebanyak RM10,000 namun dalam masa yang sama berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian hadiah tersebut kepada tabung Palestin.

“Kami tak pernah terfikir untuk menang sebab saingan semua ‘power’, tapi ada terdetik kalau menang malam ini kami nak bagi sedikit sumbangan ini kepaada saudara-saudara kita di Palestin. Kami memang dah simpan niat itu.” Sharif dan Syaiful berkata demikian ketika ditemui seusai selesai konsert pertama program tersebut. Ekoran kemenangan itu, duo pelawak terkenal ini juga memilih Cinta sebagai tema persembahan untuk minggu hadapan. Bagi pemarkahan pula, mereka berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 55.4 peratus mengalahkan Shila & Syahir Amzah di tangga ke dua dengan markah 49.1 peratus manakala pasangan adik beradik Ryan dan Adam Bakery di tingga ke tiga dengan markah 42.2 peratus.

Terdahulu, Sharif dan Syaiful melengkapkan barisan peserta bersama lima lagi pasangan iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad Rahmad, Ryan dan Adam Bakery, Shila dan Syahir Hamzah dan Adira dan Emma Suhaimi. Untuk info, pemarkahan pertandingan ini ditentukan oleh juri tetap (70%) dan undian atas talian oleh penonton (30%). Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 3 bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim di www.tonton.com.my.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.