Walaupun teruk kena kritik dengan warganet, Vivy Yusof agihkan hasil jualan tudung bernilai RM600k ke Gaza

Sebelum ini, nama Vivy Yusof sekali lagi menjadi perhatian kerana isu penjualan tudung untuk jenamanya sendiri bagi membuat sumbangan kepada Palestin. Biarpun ada pihak memberikan tentangan, koleksi tudung, mug dan beg itu dilihat laris dan habis terjual sejak ia dilancarkan. Perkara itu disahkan sendiri oleh Vivy Yusof menerusi Instagram miliknya. Katanya, kesemua keuntungan hasil jualan The Palestine dUCk + yang bernilai RM 600,000 itu telah disalurkan kepada NGO, Viva Palestina Malaysia bagi membantu hospital, perubatan, tempat tinggal sementara dan makanan untuk mereka.

“Terima kasih semuanya yang telah membantu kami, sumbangan telah disalurkan kepada VPM di Gaza dan mereka sudah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Pagi ini sahaja, mereka sudah memberikan 2,000 orang Gaza makanan panas, semuanya sebab anda!” Walaupun The Palestine dUCk telah berakhir, kami mohon anda untuk teruskan menyokong Palestin. Teruskan bersuara, berkongsi, menderma.” Anda boleh salurkan sumbangan anda secara terus kepada @vivaspalestinamy

Ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu saudara sesama Islam, kita yang mana berkemampuan harap boleh lah salurkan bantuan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.