Minta orang ramai faham keadaan, Angeline Tan jelaskan masih ada beberapa watak yang tak bertudung

Pelakon dan pelawak Angeline Tan menjelaskan masih ada beberapa watak yang menuntutnya menanggalkan tudung meskipun dia kini dalam fasa menyesuaikan diri dengan imej berhijab. Ketika ditemui, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline berkata, watak yang dimaksudkan itu telah ditawarkan kepadanya sejak sebelum dia memeluk Islam. Kata Angeline, dia perlu menyelesaikan kerjanya itu seperti yang sudah dijanjikan dengan pihak pengarah. “Saya masih berlakon, kerja saya masih teruskan macam biasa. Saya masih belajar tentang akhlak dan masih ada kerja belum selesai. Biar saya selesaikan dulu.

Saya memang ada watak yang meminta untuk buka tudung, sebabnya watak dan kerja itu saya terima sebelum saya peluk Islam lagi dan berkahwin dengan Sabri. Malah ketika saya ingin peluk Islam, saya tidak merancang pun untuk memakai tudung, selepas peluk Islam, saya melihat dan belajar sendiri untuk pakai tudung. Jadi apa yang sudah saya janji dengan pengarah tentang watak tidak bertudung itu, saya perlu buat.” Justeru, isteri kepada pengarah dan pelakon Sabri Yunus itu berharap orang ramai memahami situasinya dan tidak berasa terkejut sekiranya melihat dia tidak berhijab.

Saya percaya warganet sangat baik dan faham keadaan saya. Saya pasti juga mereka akan memahami dan beri ruang kepada saya ketika saya bekerja. Saya juga harap orang tidak campur ‘Angeline Tan’ dengan watak. Saya minta sangat-sangat orang memahami lah saya bekerja. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.