Ibu Neelofa muat naik gambar anak lelaki, sekali ramai yang tawarkan diri nak jadi bakal menantu

bu kepala pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Noor Kartini sekali lagi menjadi perhatian apabila menerima pelbagai komen dari wargamaya selepas memuat naik gambar anak lelakinya, Mohamed Faliq Khan di media sosial. Menerusi Instagram, Noor Kartini dilihat memuat naik beberapa gambar Faliq sewaktu percutian mereka ke Pulau Langkawi baru-baru ini. Dalam pada itu, ibu kepada sembilan orang anak itu menitipkan ucapan ulang tahun buat anaknya yang menjangkau usia ke-17 tahun itu.

Apa yang menjadi perhatian ialah, raut wajah Faliq yang tampan dan kelihatan mirip seperti lelaki berbangsa Arab menjadi perhatian wargamaya di media sosial. Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat segelintir netizen wanita terpegun melihat ketampanan Faliq dan menyamakan raut wajahnya itu seperti bekas vokalis kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik. Bahkan, ada juga yang berseloroh memanggil Kartini dengan panggilan ‘mama’.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.