Bengang bila ada yang cakap ank sakit sebab dpat balasa dosa, tak boleh berdiam ini respon dari Kak Km

Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menerima ujian apabila anak perempuannya, Rania Razman, 13, menghidap jantung berlubang. Difahamkan, keadaan anak Kak KM yang dikenali sebagai Rania atau Baby Rania itu semakin stabil setelah selesai menjalani operasi serta masih dalam tempoh rawatan. Namun, timbul dakwaan waranet mulut celupar yang mengatakan Rania jatuh sakit gara-gara perbuatan Kak KM yang gemar melakukan aksi panas serta berpakaian terlalu seksi di media sosial dan Rania menanggung balasan atas apa dilakukan oleh ibunya.

Berang dengan kritikan warganet, Kak KM mendoakan agar kata-kata warganet itu berbalik semula kepada keluarga mereka. “Aku minta doa tu berbalik kepada kau. Kau tanggunglah selepas ni, anak kau akan sakit. Kau akan dapat balasan yang teruk lah, nak nak pulak kepada orang yang kau sayang,” kata ketika dihubungi. Tambah Kak KM, dia tidak ambil peduli kritikan warganet kerana menganggap musibah yang datang sebagai ujian Allah. Pasrah dengan takdir, Kak KM memberitahu dia tidak pernah sesekali merungut atau menyesal atas apa yang berlaku.

“Saya tak menyesal dengan kehidupan sekarang. Saya follow the flow je. Dugaan hidup saya memang teruk, jadi saya takkan lari tetapi selesaikan satu demi satu,” ujarnya. Bertanya lanjut perkembangan terkini tentang kesihatan anak kesayangannya itu, Kak KM menyatakan Rania perlu berehat di rumah selama dua bulan dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Rania kena duduk rumah dua bulan untuk berehat. Dia perlu makan ubat. Dia tak boleh langsung angkat benda-benda berat walaupun satu kilogram.

Rania pun tak boleh galas beg ke sekolah. Saya nak bincang dengan guru besar untuk sediakan satu rak khas untuk Rania,” jelasnya apabila disoal berkaitan persekolahan Rania. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.