Ramai yang ingat gimik, sekali bekas isteri Shuk Sahar dedah bakal nikah tahun depan

Bekas isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengesahkan bahawa dia sudah pun bertunang dengan jejaka pilihan hati pada Ahad lalu. Memetik Harian Metro, Sera berkata majlis pertunangannya dengan lelaki berusia 38 tahun itu berlangsung di kediaman keluarga bapa saudaranya, di ibu kota. “Bukan gimik. Ia memang majlis pertunangan. Warganet fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” katanya.

Sementara itu, Sera berkata dia dan jejaka yang berasal dari Perak itu akan melangsungkan pernikahan tahun depan. “Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” katanya. Dalam pada itu, Sera berharap bakal suaminya itu dapat menerima dirinya, anak-anak serta keluarganya seadanya. Ditanya mengenai reaksi Shuk, Sera berkata dia tidak memaklumkan mengenai pertunangannya itu kerana mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain.

“Dia tak tahu sebab benda ini berlaku tiba-tiba. Saya pun tak ada hubungi dia. Dia sekat WhatsApp dan Instagram saya. Kami sekat satu sama lain,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.