Konsert Coldplay jadi bualan hangat, kali ni giliran Elfira Loy pula bahaskan pasal konsert ni

Pelakon, Elfira Loy mempersoalkan mengenai isu hangat yang menjadi perbualan ramai di media sosial iaitu berhubung pembatalan konsert band antarabangsa, Coldplay. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknnya, Elfira bertanya sama ada isu tersebut timbul semata-mata untuk memberi ‘free marketing’. Dalam hantaran yang sama, Elfira juga meluahkan rasa kesal apabila akan ada segelintir warganet yang bakal mengkritik mereka yang hadir ke konsert Coldplay.

“Sorry okay. I tak pastilah kenapa perkara ini tak dibincangkan masa sebelum jualan tiket.. Kenapa mesti beberapa hari sebelum konsert? Adakah ini free marketing untuk setiap konsert luar datang Malaysia? sebab honestly saya tak ingat pun esok Coldplay datang Malaysia. Lepastu esok confirm rakyat Malaysia sibuk nak tengok Instagram (IG) siapa pergi pastu nak troll nak condem. Yihhh benci tau,” katanya berserta tanda pagar #sayatakpergi.

Sebelum ini, heboh di media sosial berkenaan saranan setengah pihak tenatng isu pembatalan konsert Coldplay demi menjaga sensitiviti rakyat Palestin dan Gaza teruk dirjim oleh znis tanpa sebarang belas kasihan. Isu tersebut mendapat perhatian pelbagai golongan selebriti yang memberikan pendapat mereka masing-masing secara terbuka di media sosial. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.