Anak Datuk Zainal masih belum move on, Sofia dedah sampai sekarang masih diganggu dengan bekas suami

Bekas menantu kepada lagenda bola sepak tanah air, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia tampil membuat pendedahan bahawa dirinya masih diganggu bekas suami iaitu Mohd Zaiza. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Story, Sofia memohon agar dirinya tidak lagi diganggu kerana mahu memulakan kehidupan baharu yang lebih bahagia. “Cukuplah kacau hidup saya, apa lagi yang korang nak? Leave me alone. Saya dah cukup sakit korang buat. Saya dah tak ada kaitan lagi dengan korang dan saya nak mulakan kehidupan yang baharu, mohon jangan ganggu.”

Sofia juga memaklumkan dirinya sudah tidak tahan diperlakukan sebegitu selepas hampir kesemua haknya dirampas pihak bekas suami. Dalam pada itu, Sofia juga menyifatkan Mohd Zaiza sebagai gla talak dan tidak move on selepas mendakwa bekas suaminya itu mempunyai akaun palsu hanya semata mahu ‘skodeng’ dirinya. “Rupanya inilah gla tak. Nak kata aku ada hutang kau, tak ada. Kau yang banyak hutang aku. Anak-anak aku kau pegang, jiwa aku pula kau nak pegang?

Tolong jangan ganggu aku, keluarga dan kawan-kawan aku. Tolong cari kerja bukan stalk aku. Kalau berani jangan pakai fake account. Anak-anak kau bawa, ingat kau akan senyap rupanya bukan sebab anak-anak, tapi kau tak boleh move on. Aku perhati ja. Sekadar ingo, bekas suami Sofia iaitu Mohd Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengasari dan mencdrkan dirinya. Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 sebelum berpisah pada Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2. Difahamkan, kanak-kanak tersebut ketika ini berada di bawah jagaan Zaiza. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.