Muat naik video sambil menangis, Intan Saleh luahkan isi hati buat ramai yang simpati

Pempengaruh, Intan Saleh tidak dapat menahan perasaan dan menangis teresak-esak meluahkan isi hatinya yang selama ini terbuku. Menerusi beberapa hantaran video di Instagram Stories (IGs), Intan kesal apabila masih dianggap belum move on dan teruk menerima hntman ramai pihak. “Serabut, saya tak tahu nak luahkan macam mana. Benda ni dah lama berlaku, nak kata tak move on dah move on… tapi apa lagi yang orang tak puas hati? Mungkin saya ni layak kena bli atau orang tak senang tengok kita happy. Saya selama ni banyak berdiam, tak pernah nak membuka aib atau provoke sesiapa. Klik sini untuk lihat video.

“Nak luahkan apa yang saya rasa selama ni pun serba salah. Setiap orang ada sisi baik, buruk.. tapi tak tahu kenapa masih ada yang nak cari salah saya. Benda ni boleh jadi gla! Saya dah ada family sendiri, ada struggle sendiri.. dengan masalah ekonomi, nak besarkan anak mental kena kuat tapi belakang-belakang kita yang kena hentam, bli mental,” katanya. Di ruangan IGs juga, Intan memohon maaf kerana tidak dapat menahan perasannya sehingga menangis di media sosial.

Di hantaran lain, Intan meluahkan rasa kesal apabila suaminya, Aizam Yahaya turut menerima tempias sehingga ramai pihak mempertikaikan taraf gajinya. “Aku tak move on? Maaf aku move on dah lama. Nak cakap pasal terasa ni banyak la. Sampaikan suami aku puj orang kutuk. Gred, gaji, jawatan, badan dia semua la. Ada kami kecoh? Soal apa aku tuntut semua diperlekehkan, diperli. Entah la cukup la masing-masing dah ada kehidupan sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, Intan mendedahkan dia menerima surat tuntutan daripada pasangan Izreen dan suaminya, Ude Wahid. Sekadar info, kontroveri antara usahawan dan pempengaruh, Intan Saleh bersama pelakon, Izreen Azminda sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial. Malah pada Januari lalu, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan. Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude Wahid.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.