Tengah hangat pasal isu Makcik Kemboja, sekali ada pula peniaga yang tampil minta hutang tertunggak

Isu Makcik Kemboja yang dikatakan menyelar kaum Melayu dengan definisi malas telah menjadi perdebatan walaupun dia sudahpun membuat permohonan maaf. Dia juga dikatakan telah hadir memberi keterangan di balai polis di Melaka susulan terdapat laporan melibatkan namanya berhubungkait dengan isu terbabit. Terbaru, satu akaun TikTok pembekal kain lace dikenali sebagai lacegallery telah memuat naik video meminta agar Makcik Kemboja dan anaknya untuk menyelesaikan hutang yang telah tertunggak. Klik sini untuk lihat video.

“Kami pun nak cabar anak Makcik tu mai Penang datang dekat kedai kami dekat lace Gallery. Boleh tak?  Tapi bukan mai sajalah, mai bawa sejumlah wang yang hutang tu, Ajak mak awak sekali kita settle elok-elok. Bukan Makcik je, siapa-siapa yang berhutang tu jangan lupa bayar. Hutang pandai, bayar tak mau” ujar staf kedai tersebut. Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dan rata-rata tertarik dengan cara lelaki berkenaan menuntut hutang kerana begitu sopan dan penuh senyuman. Mereka juga akui terkejut kerana usahawan tersebut berhutang kerana melihat daripada peniagaannya yang dikatakan maju.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.