Pekerja kantoi cakap belakang pasal bos, Kieda Crepe minta 12 orang pekerja hantar surat berhenti kerja 24 jam

Usahawan yang terkenal dengan menu crepe, Kieda sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila berkongsi menghadapi ujian berat melibatkan isu dengan pekerja sendiri. Menerusi satu rakaman video di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra mendedahkan penemuan group chat yang dibuat oleh pekerjanya yang terdiri daripada 12 ahli tanpa pengetahuannya. Katanya, group chat itu dibuat bertujuan untuk meluahkan rasa tidak puas hati sekali gus mengutuk Kieda. Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan di Insta Story, ada pekerjanya yang bercadang untuk berhenti setelah menerima gaji bulan hadapan. Klik sini untuk lihat video.

Cukup terkilan mengetahui hal tersebut, Kieda meminta 12 staf terbabit untuk menyerahkan surat peletakan jawatan dalam tempoh 24 jam. Sepanjang menjadi majikan, Kieda berkata dia sudah cuba melakukan yang terbaik untuk semua staf termasuklah melayani mereka seperti keluarga sendiri. Namun, tidak menyangka dirinya telah dikhianati oleh mereka. Bukan itu saja, Kieda dilihat tampil dengan satu laporan polis berhubung isu terbabit. Menurutnya, dalam 12 orang staf tersebut, Kieda hanya membuang lima orang pekerja sementara yang lain diberikan surat amaran.

Tambahnya, dia akan turut berbincang dengan pejabat buruh mengenai isu tersebut untuk tindakan selanjutnya. Jelas Kieda, group chat itu bermula daripada satu dua kepala dan rakan-rakan yang lain terpaksa menurut kerana tak mahu hilang kawan. Dia bagaimanapun tak menyalahkan sesiapa dan menjadikan insiden ini sebagai pengajaran untuk muhasabah diri. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.