Ada yang cakap nak jadi pengganti kumpulan Senario, tak boleh berdiam ini respon Ryan dan Adam Bakery

DITUDUH kononnya ingin dilihat setaraf dan pengganti kumpulan pelawak Senario, personaliti media sosial Ryan dan Adam Bakery dengan tegas menyangkal dakwaan berkenaan. Kata Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, mereka menjadikan kumpulan Senario sebagai idola dalam menyusun perjalanan karya seninya. “Saya baca komen tersebut… tapi saya pelik dengan pemahaman dia orang yang mengatakan saya nak sama tahap dengan Senario. Eh, jauh panggang dari api! Fahaman mereka salah. Kami idolakan Senario dan nak jadi macam mereka yang ada kisah rakyat ada lagu-lagu rakyat. Bukan sama level dengan mereka,” katanya.

Menurut Ryan, kumpulan berkenaan menjadi pencetus idea untuk dia dan adiknya iaitu Ryan Bakery menghasilkan pelbagai konten memaparkan kisah sebenar masyarakat. Malah mereka juga menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu mahupun filem pendek yang mengangkat kisah rakyat. “Saya suka yang ada kisah rakyat dan konten saya pun macam itu yang mengisahkan tentang rakyat. Mana tahu satu hari nanti saya boleh buat filem pendek ke saya akan mulakan dengan kisah rakyat.

“Komen yang elok kita ambil… yang tidak membina ini kita buang tepi sajalah,” ujarnya. Sementara itu, kedua beradik ini turut mengakui puas apabila dapat melakukan persembahan terbaik pada minggu kelima FD3. Meskipun tidak berjaya mengumpulkan kesemua ahli Senario berkenaan namun dua beradik itu mengakui cukup terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan pesanan dari ahli kumpulan tersebut.

“Kalau ikutkan kami memang nak bawa ketujuh-tujuh ahli Senario ada tapi ada yang sibuk dan hanya Abang Azlee dan Yassin sahaja. Lebih istimewa apabila Abang Wahid siap hantar video minta maaf sebab tak dapat ikut serta dan dia juga bagi kata-kata semangat buat kami. Sama juga dengan Abang Saiful Apek dan Pak Ya sebab mereka di luar kawasan,” ujarnya. Pada minggu kelima FD3, Sharif dan Syaiful Zero kembali menjadi juara mingguan selepas berjaya menjadi perhatian juri dan memperoleh markah sebanyak 73.9 peratus sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.