Tular pasal kes pemandu bas bermesra, sekali ada saksi yang bongkarkan cerita sebenar

Seorang penumpang tampil menjelaskan berhubung kejadian pemandu bas wanita yang didakwa bercumbuan dengan rakan sekerja lelaki dalam bas ekpress dari Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Menerusi satu perkongsian di X, @anisjey yang merupakan penumpang bas ekpsress tersebut menjelaskan bahawa rakaman video tular itu adalah fitnah kepada kedua-dua pemandu tersebut. Anis berkata, dia dan suaminya merupakan penumpang dalam bas tersebut yang duduk di belakang pemandu dan mendakwa mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

“Fitnah. Saya dan suami saksi kejadian ni. Tempat duduk saya dan suami betul-betul  belakang pemandu ni,” katanya. Dia menjelaskan, ketika rakaman video itu diambil, lelaki itu sedang membetulkan sesuatu dalam kotak radio di belakang kerusi pemandu wanita berkenaan. Selain itu, Anis juga berkata, mereka melihat dengan jelas apa yang sedang dilakukan oleh lelaki terbabit kerana tempat duduk mereka yang berdekatan antara satu sama lain.

“Pemandu lelaki tu sedang betulkan sesuatu dekat kotak radio belakang kerusi pemandu. Saya dan suami tengok dengan mata sendiri. Jarak kitorang lagi dekat berbanding perempuan yang ambil video ni. Kalau tahu kau jenis begini, memang saya dah ambil gambar awal-awal dan viralkan. Memalukan la,” ujarnya. Pada masa yang sama, Anis juga mendedahkan bahawa pemandu bas telah menjelaskan kepada semua penumpang sebab kelewatan bas tersebut, tidak seperti yang didakwa dalam video tular.

Jelasnya, keadaan jalan yang sesak bersama hujan lebat juga menyebabkan perjalanan ke TBS agak lewat. “Pemandu dah bagitahu masa ambil penumpang jalan jammed teruk dari Ayer Keroh sampai Larkin. Bas ni TBS-Larkin-TBS. Perjalanan tanpa henti. “Kesian, dengan hujan lebat lagi. Dan kitorang pun percaya sebab masa dalam perjalanan ke TBS, memang jammed tak putus-putus dua-dua jalan. Video ni tak sampai 30 minit lagi gerak dari Larkin,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, dia juga mengambil kesempatan untuk menjawab soalan-soalan daripada warganet bagi menjelaskan lagi mengenai kejadian tersebut. Menjawab kepada persoalan punca lelaki tersebut menukarkan gear dan bukannya pemandu wanita, Anis berkata bas berkenaan agak ‘berat’ untuk dipandu. “Waktu tu bas macam berat sikit nak jalan. Abang tu kata boleh guna gear 5 juga baru rasa ‘smooth’ sikit lepastu abang tu tukarkan.

Abang tu dia guide akak tu sebab dia tak familiar dengan jalan JB. Dan gear tu jenis keras, memang boleh dengar kuat each time diorang nak tukar gear,” katanya. Sekadar info, video pemandu bas ekpsress tersebut berciuman tular di platform TikTok sejak semalam namun difahamkan ia telah dipadam daripada akaun TikTok bernama Iffah Danishaa. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.