Muat naik video momen ziarah pusara keluarga, sekali ramai yang sebak dengan perbualan 2 beradik ni

Anak kepada mngs nahas kejadian tak diingini di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu, Abdur Rahman meruntun hati warganet apabila memuat naik momen dirinya menziarahi pusara keluarga di TikTok. Menerusi video tersebut, anak sulung nhs kejadian tersebut dilihat bersama satu-satunya adik yang terselamat iaitu Abdullah Amir. Namun apa yang mengundang sebak adalah perbualan dua beradik itu tentang insan-insan yang mereka sayangi. Klik sini untuk lihat video.

“Ibu tak ada tak best, kalau ibu ada best. Kalau ibu ada dekat rumah tok mak tu jadi paling best. Awie tak ada, Seri dah tak ada. Baru nak gdh dengan Seri. Kakak tak ada, kak cik pun dah tak ada.” Abdur Rahman kemudian menasihati adiknya agar sentiasa mendoakan ahli keluarga mereka walaupun mereka sudah tiada. “Jangan nangis, kalau nangis baca al-Fatihah. Doakan yang elok-elok untuk ibu, doakan ibu masuk syurga. Abdullah jangan tinggal abang, abang ada Abdullah je. Syurga yang paling tinggi sekali, ibu, abi dan adik beradik semua Abdullah akan doakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sedih melihat momen dua beradik itu selain mengagumi kekuatan Rahman yang reda menempuh dugaan besar dalam hidupnya. Terdahulu, Abdullah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat kerana mengalami kecederaan teruk akibat kejadian tersebut. Ibu bapa serta empat lagi adik beradik mereka disahkan pergi menghadap illahi dalam kejadian berkenaan ketika dalam perjalanan untuk menghantar ibu mereka di Segamat.

Mereka yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5. Difahamkan, ibu mereka merupakan guru Sekolah Agama Semedak manakala bapa adalah seorang imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang. Jnzah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.