Aina Abdul akui pada awalnya mak tak suka dia jadi penyanyi, tapi lepas ayah pergi menghadap illahi mak terus berubah

Penyanyi dan komposer Aina Abdul mendedahkan ibunya pernah menghalang dia menjadi seorang penyanyi. Menerusi temu bual eksklusif bersama program Show Dalam Bilik, Aina berkata ibunya yang juga seorang guru mahukan dia bekerja dalam bidang berkaitan pendidikan. “Mak saya ketika di awal saya mula menyanyi, dia marah. Mak tidak bersetuju dan paling tak suka saya jadi penyanyi. Kerana mak saya seorang guru, jadi ‘mindset’ dia semua anak-anak perlu berada dalam bidang pendidikan. Berlatar belakang ‘education’.

Saya seorang sahaja antara adik beradik yang minat bidang muzik, mak saya tak minat sangat.” Bagaimanapun kata Aina, ibunya mula memberikan sokongan terhadap minatnya dalam bidang nyanyian selepas pemergian bapa tercinta ketika usianya 15 tahun. “Tetapi sejak arwah ayah saya pergi menghadap illahi, mak berubah 360 darjah. Dia ambil keputusan untuk sokong anak perempuanya ini. Saya kehilangan arwah ayah ketika umur saya 15 tahun, sewaktu saya berada di tingkatan 3. Selepas ayah pergi, saya jadi hilang arah dan ‘lost’.

Selama ayah ada, dia yang bawa saya pergi menyanyi di kenduri kahwin dan sebagainya. “Mungkin mak tidak sampai hati lihat keadaan saya sedih, dia galas tanggungjawab ayah. Mak paksa saya masuk semua pertandingan.” Ingin tahu lagi apa pendedahan secara eksklusif bersama Aina Abdul? Jom saksikan video penuh Show Dalam Bilik bersama hos Amat Larbsib di Youtube rasmi.

Dalam perkembangan terkini, Aina berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.